Thursday, July 4, 2019

Teaching Vowel and Consonant

MyBlogTeaching.blogspot.com



              url:   https://Pixton.com/ic:96j5ibk1

This pixton are the situation how the teacher teach student at class about the articles.


Articles are actually adjectives because they describe the nouns that they precede. In English, there are only three articles: the, a, and an. 
Image result for articles

This video about how we can use articles " a, an, the"


                    

This is the video about articles A, An, THE.

Figure 1: articles "a, an, the" 

Image result for articles examples

Wednesday, July 3, 2019

Tambah dan tolak


PENGENALAN AWAL MATEMATIK

Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat luas penggunaannya dalam kehidupan.  Matematik dilihat sebagai satu bidang yang mempunyai hubung jalin dengan bidang yang lain dan sentiasa diaplikasikan dalam kehidupan.  Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.



Image result for mengenal nombor 1-100

Gambar 1: Mari mengenal nombor dari 1-100.


Video di bawah ini adalah berkenana dengan cara mengenal nombor 1 sampai 100 dan mengetahui ejaannya.



Guru menyediakan bahan mengajar seperti penggunaan pixton untuk topik tersebut.





PENGENALAN OPERASI TAMBAH




         Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah, Contoh: 3 + 2 = 5. Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah sangat penting kerana fakta asas ini merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti akan membantu murid dalam menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah dengan lebih berkesan di samping latihan untuk peneguhan.



    Operasi tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan. Kemudian, strategi yang berkesan (strategi berfikir) diperkenalkan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan. Seseorang guru mestilah memastikan muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang mantap (termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka mengingati fakta asas tambah.



     Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan, sebaik sahaja mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan didedahkan dengan kemahiran menambah nombor 2 digit dengan nombor 1 digit, dan menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10, operasi tambah dalam lingkungan 18 tanpa/dengan mengumpul semula, operasi tambah dalam lingkungan 50 tanpa/dengan mengumpul semula dan operasi tambah dalam lingkungan 100 tanpa/dengan mengumpul semula. 



Image result for latihan tambah tahun 1

Gambar 1: Contoh soalan untuk operasi tambah.





PENGENALAN OPERASI TOLAK



    Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Ini kerana operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set , sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set kepada set-set yang kecil. Pendek kata operasi tolak merupakan proses songsangan (menterbalikkan ) operasi tambah. Terdapat beberepa konsep dalam operasi tolak yang perlu difahami seperti pengasingan semula, perbandingan dua objek, perbezaan dan lain-lain lagi.

1. Pengasingan Bermula dengan sesuatu set. Kemudian mengeluarkan satu subset daripada set berkenaan. Contohnya, di dalam sebuah bikar, terdapat 7 biji guli. 3 biji guli dikeluarkan dari bikar. Berapa biji guli yang tinggal di dalam bikar? 

2. Membandingkan Dua Kumpulan benda. Dua set yang berasingan diberi. Kemudian menyusun semula serta padankan set pertama dengan set kedua. Ahli yang tidak ada pasangannya dikenali baki atau beza. Dalam sebuah taman rama-rama terdapat 10 ekor rama-rama dan 6 kuntum bunga. Berapa banyakkah rama-rama dari kuntum bunga di dalam taman itu.

3. Konsep Tolak Sebagai Songsangan Tambah. Dalam konsep tambah, dua set objek dicantumkan untuk menghasilkan satu set yang lebih besar, kemudian bilangan objek dalam set baru ditentukan. Jika kita bermula dengan set yang besar dan mengasingkannya kepada dua set serta mencari berapa banyak objek dalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses yang terlibat disini ialah songsangan proses untuk tambah. Maka bagi setiap ayat Matematik bagi tambah terdapat dua ayat matematik bagi tolak 5 + 3 = 8, 8 - 3 = 5, 8 - 5 = 3. 

4. Konsep Tolak sebagai Penyekatan. Dalam konsep ini ahli-ahli dalam sesuatu set tidak dikeluarkan tetapi perlu diubahsuaikan kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Konsep set pelengkap biasanya dikaitkan dengan model ini. (Objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan tidak ditambah). Objek dalam set berkekalan tetapi boleh dikumpulkan mengikut sesuatu yang diberi. Selepas itu murid perlu mengira pelengkap set, set berkenaan ialah terdapat 5 buah kereta dalam satu tempat letak kereta. 2 buah kereta ialah kereta sport dan yang lain ialah van. Berapakah buah van? Contoh kedua ialah Ali ada 8 batang pensel. Bakar ada 5 batang pensel. Ali ada berapa batang pensel lebih daripada Bakar? 



Image result for latihan tambah tahun 1

Gambar 2: Contoh soalan untuk operasi tolak.


Video ini menunjukan contoh-contoh cara menjawab bagi soalan operasi tambah dan tolak.




                                                 

Mari Belajar ABC


mymaribelajarbersamacikgunissa.blogspot.com

Proses Hidup Tumbuhan